Resepi durian crepe sedap

↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ Klik Sini ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓

Sumber : tateh.com.my/wp/


Sekarang ni musim durian crepe..  facebook asik tunjuk durian crepe je.. jadi saya share dari sahabat saya, maya smiss resepinya.. manatau satu hari nanti saya pun nak buat.. bleh bukak kat sini je ;)


RESIPI DURIAN CREPE
A. Bahan-bahan untuk kulit Durian Crepe)
50 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
2 sudu besar gula halus
3 sdudu besar ‘butter’ (dicairkan)
160 ml air
40 ml susu cair
1 sudu kecil serbuk vanila
(boleh letak pewarna@ perisa buah-buahan yang anda suka)
P/S: Kalau tak nak letak pun, tak mengapa :-)
B. Cara membuat kulit Durian Crepe:
1. Satukan tepung dan ayak gula halus.
2. Masukkan susu cair.
3. Masukkan telur yang dikacau sedikit.
4. Masukkan serbuk vanila atau perisa vanila
5. Masukkan air dan kacau sehingga sebati menggunakan whisk.
6. Masukkan ’butter’ yang dicairkan..
7. Tapis adunan, sedia untuk dimasak.
C. Cara memasak kulit Durian Crepe:
1. Gunakan kuali anti lekat (non stick pan) atau kuali leper yang disapu sedikit minyak
2. Tuang sesenduk kecil adunan dalam, kuali jangan terlalu tebal atau nipis sangat
3. Biarkan masak seketika.
4. Apabila sudah masak, terus angkat (tidak perlu diterbalikkan)
5. Maksudnya masak sebelah bahagian sahaja
D.Bahan-bahan untuk inti Durian Crepe:
Isi durian yang dibuang bijinya
150ml ‘fresh cream’ (dipukul)
E.Cara membuat inti Durian Crepe:
1. Letak kepingan kulit tadi, yang licin di sebelah bawah.
2. Letak sesudu ‘fresh cream’, letak isi durian dan letak ‘fresh cream’ lagi di atasnya.

3. Kalau besar kulitnya, maka banyaklah letak intinya.
4. Lipat kulit seperti melipat kulit popia
5. Simpan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum dimakan.

—————————————————————-
Boleh juga jika anda sukakan ‘PASTRY CREAM’ sebagai intinya..
RESEPI ‘PASTRY CREAM’
A. Bahan-bahan Pastry Cream:
2 cawan susu segar atau susu cair
1/2 cawan gula (boleh dikurangkan)
4 biji kuning telur saiz A
2 sudu kecil serbuk vanila
Secubit garam
6 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar butter
B. Cara-cara membuat Pastry Cream:
1. Masukkan susu 1/4 dulu dan gula.
2. Masak menggunakan api yang kecil (sehingga sebati)
3. Masukkan telur, dan kacau lagi.
4. Masukkn serbuk vanila dan garam, dan kacau sehingga sebati.
5. Masukkn tepung jagung sesudu terlebuh dulu.
6. Kacau dan masukkan baki susu dan tepung jagung semuanya, dan masukkan butter.
7. Kacau sebati sehingga mendidih.
8. Tukar ke dalam mangkuk. Tutup mangkuk dengan plastik pembungkus.
9. Simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman.
Selamat mencuba (“,)
Pautan : 
  1. Cerita Ita: Resepi Durian Crepe
  2. Tutorial Resepi Durian Crepe | REALITI INSAN
  3. Mrs Fiza: Resepi DURIAN CREPE
  4. MATHARI: Resepi Durian Crepe
  5. resepi durian crepe - Raihana Humaira & Tariq Huzairi

Resepi Durian Crepe & Filling Cream Kastard

↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ Klik Sini ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓




Assalamualaikummm

Semua la tahu kan sekarang  tengah hot hot meletop gitu makanan dessert ni.
Saya pun xketinggalan selit2 mencuba dan berbisness.
Dengan izin Allah, ada rezeki saya di situ...alhamdulillah..


Pelik sikit kelihatannya gambor crepe saya kat atas tu?
MEENGGERUTU KULITNYA KAN?
HAHAHA..gelak skiitt.. ini adalah disebabkan kesilapan teknik pemukaan namanya.
Silap lipatttt.. hehehe.
Hari ni saya nak share satu resepi crepe yang nipis dan filling creamnya yang tak boring.
Maksudnya bukan semata fresh cream ngan durian, sebab kalau hayati durian n fresh cream jek mcm boring gitu.
Cuba pulak tambah bancuhan castard yang ada wangi2 vanilla, wallaaaa.. mmg eskrim betul rasanya.
Kalau sebelum2 ni buat crepe yang agak tebal kulitnya disebabkan bancuhan crepenya yang agak kental n pekat, sila la cube resepi yang kak Fiza Nordin share kan dengan kita.



Ini hasil yang betul lipatnya menggunakan resepi yang saya nak share kejap lagi.
Walaupun tidak menggunakan 5,6,atau 7 jenis tepung, tapi kulit nya ni nipis dan sedap.
Yang penting tak mudah koyak.
Lain2 ciri2 terperinci tentang crepe ni boleh tengok kat blog kak Fiza ni.


resipi kat bawah ni 1/2 dari resipi asalnye ye... sebab nak mencuba saja, aku buat 1/2 saja. Dapat 12/13 keping crepe- *bergantung pada size pan memasing... (petikan dari blog kak fiza)


DURIAN CREPE
(utk tuan resepi asal boleh rujuk link di atas)

Bahan2:
3 sdt gula halus
3 sdt tepung ubi
*izah campurkan sedikit tepung jagung
1/2 sdt tepung gandum
1/2 sdt butter - dicairkan
4 bj telur - dipukul sikit
95 ml air
1 st vanila esen

Cara2:
1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) masukkan butter yang dicairkan.
3) pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) masukkan air.
5) panaskan non-stik pan.
6) tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.

RESEPI FILLING CREAM KASTARD
(utk tuan resepi asal boleh rujuk link di atas)

200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus
*izah tambah 1sb tepung kastard
Kacau atas double boiler hingga pekat.

250 gm whipping non dairy ~ putar kental
* Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.

** boleh juga durian di gantikan dengan mangga @ jagung krim dalam tin 

TAPI TAPIIIII...

Untuk jualan... saya menggunakan resepi crepe yang berbeza dengan filling kastard yang sangat sedap dan HANYA mneggunakan durian D24 yang segarrr. Sesiapa nak merasa boleh la emel order anda ke baisku09@gmail.com atau pm inbox saya di fb ye. :-)

Alhamdulilah , ramai kastemer memberi feedback yang sangat memberangsangkan. Semua sukakannya. Banyak juga permintaan untuk yang pertama kali nak merasa. InsyaAllah dijamin halal, sedap dan bersih.


Yummy!!!


Size crepe saya. Perbandingan dengan iphone disebelahnya.

Pautan :

Resepi Durian Crepe

↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ Klik Sini ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓



Assalamualaikum.. Ramai ke yg ternanti2 resepi ni??? Hahah budget glamour plk kan.. ampun yer lambat sket update. Baru selesai tidokan si kecil Qaireen.. dak kecik tu nk tido kena menyusu badan.. tu yg payah nk update blog tu..


Ok, resepi durian crepe ni sebenarnya boleh dapat kt internet.. korang google jer sure jumpa. Pelbagai version. Ada yg guna tepung gandum jer, ada yg guna sampai lima jenis tepung. Tapi aku pakai dua jenis tepung jer.. tepung apa.. kang tgk la kt resepi tu. Aku cuma bagi resepi jer yer.. no gambar step by step.. jadi korang bayangkan ler cara2nya.. actually resepi ni kalau nk tgk version lain boleh refer kt blog ana suzana ni.. tadi aku bg link salah la pulak, patut ada yg click tk kuar hape benda pun.. ampun yer.. k, ni aku bagi link blog ana sekali lagi.. anasuzana .


Ok, resepi durian crepe ni aku amik dari blog kak zu, semanis gula. aku tk buat link coz tk ingat full blog address dia.. tapi korang leh google cari blog kak zu ni iaitu Semanis Gula.


Bahan2:

250gm tepung gandum
1 sudu kecil tepung ubi
2 biji telur
500ml santan (kalau guna santan kotak 350ml santan, 150ml air) kalau tak pekat sgt..
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna (kuning/pink/hijau pandan)
1 sudu besar butter dicairkan
2 sudu besar gula halus

Cara2:

Satukan semua bahan diatas kacau sebati (kecuali santan dan pewarna)
Masukkan santan sikit demi sedikit agar tepung tk berketul
Masukkan pewarna
Blendkan bahan tersebut dan tapis (agar lebih halus)
Panaskan non stick pan hingga betul2 panas.. sapukan sedikit minyak masak (utk kali pertama saje)
Tuangkan sesenduk kecil adunan ke dalam kuali dan kecilkan api..
gunakan belakang senduk untuk meleper/membulatkan adunan (buat senipis yg boleh)
Apabila nampak bahagian bawah agak kering boleh angkat (tk perlu terbalikkan kulit tersebut)
*bila hendak meletak inti, bahagian bawah yg agak kasar dibahagian dalam dan bahagian atas yg licin adalah bahagian luar crepe.. ulang sampai habis tepung.

haa buat bulat dan nipis mcm ni.. korang tgk bahagian yg licin tu akan jadi bahagian luar crepe tau...

Bahan inti:

Isi durian
Fresh cream brand rich atau apa2 brand yg korang rasa ok.. yg penting must be non dairy whipping cream


Cara:
ambil dlm 250ml whipping cream dan pukul hingga kental (bila angkat tu nampak bertanduk je whipping cream tu) korang faham tak ni???

Cara melapis:



ambil satu kulit crepe tu.
Letakkan fresh cream dlm sesudu kecil atau nk banyak boleh letak sesudu setengah
Then letak isi durian
Lepas tu tutup isi durian tu dengan whipping cream juga.
Boleh la melipat kulit crepe tu menjadi bentuk empat segi mcm dlm gambar tu...
Simpan dlm peti ais semalaman.. sedap dimakan sejuk..

Aku ni bukan pandai sgt nk tulis resepi ni.. harap korang faham la.. pada yg tk faham tu leh la whats app/pm tuk keterangan lanjut. Selamat mencuba..

*Ilmu tu hak Allah.. oleh itu saya kongsi ngan anda semua coz kalau org lain tk berkongsi ilmu ni, saya pun tk tau mcm mana nak buat. Moga ilmu ni bermanfaat tuk semua..terima kasih.

Pautan :

Resepi Durian Crepe

↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ Klik Sini ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Resepi Durian Crepe

Sekarang ni kat Kampung auc Ulu Cheka musim durian, tiba-tiba teringinlah nak buat durian crepe yang tengah heboh diperkatakan. Stok durian dari kampung masih ada lagi. Tinggal lagi cari bahan-bahan yang lain je. Ini adalah percubaan pertama auc buat durian crepe. Kita tengok jadi ke tidak? Bahan asas untuk membuat durian bantal seperti berikut:-
Blender%2Bbahan Resepi Durian Crepe
Blender semua bahan di bawah

Bahan-bahan untuk crepe

  • 250grm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 500ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna – ikut warna apa nak isi, untuk percubaan ni auc guna perwarna hijau dan kuning
  • 1 sudu tepung ubi
  • 2 sudu besar gula halus

Putar%2BCream Resepi Durian Crepe
putar Non Dairy Whipping Creme hinggal kental

Bahan-bahan durian filling

  • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
  • Isi Durian yg telah dilenyek.
bahan%2Bdurian%2Bcrepe Resepi Durian Crepe
Bahan-bahan yang telah siap untuk dibalut

Cara-cara

  1. Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
  2. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
  3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
  4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.
Balut%2BDurian%2BCrepe Resepi Durian Crepe
Proses nak buat bantal, susah jugak yek….
Durian%2BKerepot Resepi Durian Crepe
Huh mula-mula buat tak jadi durian crepe tapi jadi durian kerepot hehehe. Adatlah ni percubaan kali pertama.
Durian%2BCrepe Resepi Durian Crepe
Akhirnya menjadi jugak durian bantal icon smile Resepi Durian Crepe
Durian%2BCrepe%2B1 Resepi Durian Crepe
Siap untuk dimakan, memang best bagi peminat durian. Bagi yang tak minat durian memang tak best. Selamat mencuba….
Pautan :
  1. It's all about my life and my luv..: Resepi Durian Crepe
  2. Izah Muffin Lover: Resepi Durian Crepe & Filling Cream Kastard
  3. Resepi durian crepe sedap | Blog Tateh
  4. Cerita Ita: Resepi Durian Crepe
  5. Tutorial Resepi Durian Crepe | REALITI INSAN

RESEPI DURIAN CREPE

↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ Klik Sini ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓

Sumber : www.katakila.com/

BAHAN - BAHAN

  • Kulit Pancake:
  • 250 gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 500ml santan
  • ½ sdt garam
  • Pewarna hijau
  • Bahan Inti:
  • Whipping cream + gula (manis ikut citarasa memasing)
  • Isi durian 


CARA - CARA  

    1. Kulit: Blend semua bahan.
    2. Buat dadar nipis²
    3. Inti: Pukul Whipping Cream dan gula sehingga menjadi cream/kental
    4. Isi durian dilumat kasar
    5. Pancake Durian: Ambil sehelai kulit pancake, letakkan whipcream.
    6. Kemudian letakkan isi durian diatasnya.
    7. Lipat dan simpan dalam peti sejuk 1-2 jam.

    Aku google dan TAKE SCREENSHOT. Save. Masa buat tu, Sikit sikit tengok. Berlemuih handphone. Kesian handphone aku.


    Kalau ikutkan ade yang bagi resepi edisi senang, ade yang bagi edisi susah


    Tapi macam biasa lah. Aku ni. Nak sedap tapi nak senang kalau boleh bahan yang sedia ada kat rumah taknak keluar pegi beli. Melainkam durian dengan whipping cream harus lah pegi beli -_-

    Kat atas tu resepi yang aku ikut. Tapi serius shit aku rasa kulit durian crepe adalah rumit.


    Tak boleh biar lama nanti rasa tak sedap.


    Tak boleh terbalik kan. Maknanya hanya satu side je kena panas


    Tak boleh terlampau tebal nanti tak sedap.


    Punya banyak tak boleh tu. Kahkahah


    Tapi kalau nak cuba apa salahnya. aku sendiri mencuba dan alhamdulillah menjadi. jangan down pulak bila baca aku cakap rumit. yang penting kita cuba. ok semua? sama sama lah kita mencuba ye. demi keluarga yang kita cintai


    ha tengok aku dah start jadi ustazah pilihan tak? ahakssss * pandang atas


    Kalau buat kulit dia tu, senipis yang boleh. Jangan nipis sangat plak kang tak sempat bungkus koyak dah 

    Paham ke ni


    Arghhhh. Aku sendiri kompius. 

    Selamat mencuba.


    Durian crepe aku dah lama habis. Akak aku balik, kompom dia suruh buat lagi. Dia kan suka bersenang lenang kalau balik perak. Sukaaaaaaaaa suruhsuruh aku buat kek itu biskut ini, bla bla bla


    Aku suruh tolong taknak. Tolong tengok je


    Elak aku zasss bontot dia je. Kahkahkah



    gambar di atas adalah hasil aku buat haritu. ahaksss

    credit resepi : myresepi.com 



    Pautan :

    (RESEPI) Durian Crepe Gebu

    ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ Klik Sini ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓


    Kalau pergi Mid Valley mesti akan singgah beli Durian Crepe ni. Kalau sesiapa yang hantu durian memang akan jadi hantu durian crepe lah pulak. Makan seketul mesti nak ambil lagi berketul-ketul ngapp masuk mulut. Nak beli,satu pek dalam 10 hengget selalunya orang jual. Asyik beli je, apa kata try buat pulak. Pulak-pulak sekarang ni musim durian, memang merata lah ada durian. So gunakan lah durian yang ada ni selagi tengah musim durian


    Bahan-bahan nak buat Durian Crepe. Senang je ok bahan-bahan dia:

    250gm tepung gandum
    3 biji telur
    400ml santan
    100ml air
    1/2 sudu kecil garam
    1 sudu kecil esen vanilla
    1 sudu kecil pewarna kuning telur

    Untuk filling:
    1 cawan whipping cream (aku memang suka gila brand yg dekat atas ni,sebab tak yah susah nak bubuh gula dah, sebab dia dah memang sedap)


    Dan isi durian yang telah dilenyek. Dah nama pon durian crepe, wajib lah ada durian kan? Tak kan nak lenyek buah kedondong pulak. ye dak?


    Cara-caranya senang je. Aku guna stand mixer je. Masuk tepung, tuang santan dan air. Gaul-gaul-gaul je. Pastu masuk telur, garam, esen vanilla dan pewarna kuning. Pastu kacau je bagi sebati. Ok dah siap. Eh senang nya? ye memang senang je ok

    Yang whipping cream tu pon jangan lupa pukul kasi kental dan gebu hokayyyy

    Pastu tapis ah benda-benda tadi tu untuk mendapatkan kulit crepe yang halus mulus.  Sebab takut kulit crepe tu menggerutu je. Kalau tak nak tapis pon iolsss ok je.

    Panaskan non-stick pan dengan api yang sangat-sangat kecik. Oleskan butter sikit dekat pan tu,pastu boleh letak adunan tadi. Pastu goyang gerudi kan pan tu kasi merebak-rebak dan nipis crepe itu. Alahh masak ni macam masak lempeng je. Tapi kalau boleh, buat ah crepe tu senipis yang boleh

    Masak crepe ni yang belah bawah je tau. Yang belah atas tu kalau dah kering, boleh angkat. Sebab yang part licin ni nak buat belah atas


    Lepas masak sehelai (sehelai??) crepe ni, aku alas dengan plastik supaya tak melekat. Tapi nak asing-asing dekat pinggan lain pon boleh. Ikut kreativiti masing-masing lah ok


    Ok part ni paling best. Letak whipping cream dengan isi durian dekat tengah-tengah. Pastu lipat macam bentuk bantal. Letak isi ni dekat permukaan yang masak ni eh. Sebab bila lipat, nampak cantik ah, sebab yang part licin tu dekat atas


    Jadi lah macam ni. wahhh gebu nya durian crepe aku.kehkehkeh. Pastu boleh sejuk kan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk lagi sedap. Nak buat crepe tu bagi nipis adalah benda yang sangat mencabar sekali untuk resepi kali ni.Bila terlampau nipis, crepe senang koyak. Crepe yang koyak-koyak tu boleh lah makan sambil cicah dengan sambal ikan bilis. So pada sesiapa yang nak cuba, selamat mencuba uolsss

    ok bye!